Dalam
masalah ini pada kebiasaannya yang dilakukan di Malaysia dan Indonesia
adalah para jamaah berzikir setelah solat fardhu secara bersama-sama
dengan dikeraskan suara. Mari kita lihat apakah pandangan Imam
Asy-Syafi’i dalam maslah ini:
Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata:
واختيار للامام والمأموم أن يذكر
الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكر إلا أن يكون إماما يجب أن يتعلم
منه فيجهر حتى يرى أنه قد تعلم منه ثم يسر
“Imam dan makmum boleh memilih
sama ada ingin berzikir kepada Allah (atau tidak) selepas solat. Dan
mereka hendaklah memperlahankan zikir kecuali dia merupakan seorang
imam. Imam wajib mengajari makmum berzikir, maka hendaklah dia kuatkan
zikirnya sehingga dia melihat bahawa telah dipelajari darinya
(zikir-zikir tersebut). Kemudian hendaklah dia perlahankan semula.
(Al-Umm, Kitab As-Solah, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/150)
وأحسبه إنما جهر قليلا ليتعلم
الناس منه ذلك لان عامة الروايات التى كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر فيها
بعد التسليم تهليل ولا تكبير وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلاة بما وصفت ويذكر
انصرافه بلا ذكر وذكرت أم سلمة مكثه ولم يذكر جهرا وأحسبه لم يكث إلا ليذكر
ذكرا غير جهر
“Aku berpendapat baginda (Nabi
sallallahu ‘alaihi wasallam) menguatkan suara ketika berzikir hanya
untuk seketika sahaja. Tujuannya agar para sahabat dapat mempelajari
zikir itu daripadanya. Ini kerana, kebanyakan riwayat yang telah kami
tulis sama ada bersama kitab ini (Al-Umm) atau selainnya langsung tidak
menyebut adanya bacaan tahlil atau takbir selepas baginda memberi salam.
Kadang-kadang riwayat yang datang menyebut baginda berzikir selepas
solat seperti apa yang aku nyatakan (secara kuat) dan kadangkala baginda
beredar (meninggalkan saf) tanpa berzikir. Menurut apa yang
diriwayatkan oleh Ummu Salamah, baginda tidak berzikir secara kuat
selepas solat. Oleh itu, aku berpendapat bahawa baginda tidak akan duduk
sama sekali kecuali berzikir tanpa dikuatkan suara.” (Al-Umm, dalam
Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/150-151)
Pendapat Imam Asy-Syafi’i di
atas ini sememangnya selari dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam yang mana setelah solat baginda berzikir secara bersendirian
tanpa dikeraskan suara. Terkadang baginda juga pernah tidak berzikir
setelah solat. Ini sebagaimana diriwayatkan Jabir bin Yazid ibnu Aswad
berkata:
عَنْ أَبِيهِ قَالَ صَلَّيْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ إِذَا انْصَرَفَ انْحَرَف
“Daripada ayahnya bahawa dia
pernah solat bersama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam solat
subuh. Setelah selesai solatnya, maka baginda segera meninggalkan tempat
solatnya”. (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i, disahihkan oleh
Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Abu Daud, no: 614 dan dalam Sahih
wa Dha’if Sunan An-Nasa’i, no: 1334)
Namun yang lebih utama adalah
berzikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan tempat solat kerana Nabi
sallallahu ‘alaihi wasallam sering melakukannya sebagaimana terdapat
banyak riwayat tentang bacaan zikir yang diajarkan oleh Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam setelah solat.
Adapun berdoa setelah solat
fardhu secara berjamaah telah diterangkan oleh Imam An-Nawawi
Asy-Syafi’i rahimahullah bahawa ianya tidak ada asal usulnya sebagaimana
katanya:
قد ذكرنا استحباب الذكر والدعاء
للامام والمأموم والمنفرد وهو مستحب عقب كل الصلوات بلا خلاف وأماما اعتاده
الناس أو كثير منهم من تخصيص دعاء الامام بصلاتي الصبح والعصر فلا أصل له
“Kami telah menyebutkan tentang
kesunnatan berzikir sesudah solat bagi Imam bagi makmum, dan bagi yang
bersolat secara bersendirian adalah dikehendaki berbuat yang demikian
(secara bersendirian) pada setiap solat lima waktu tanpa khilaf. Dan
adapun adat yang diadakan manusia atau kebanyakan dari mereka, iaitu
imam menentukan doa buat solat subuh dan asar, maka ianya tidak ada asal
usulnya”. (Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah,
3/488)
KESIMPULAN
Daripada keterangan-keterangan
di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa kebanyakan mereka yang
mengaku mengikut mazhab Syafi’i sebenarnya mereka masih jauh dari apa
yang dipegang sendiri oleh Imam Syafi’i. Kalaulah kita benar-benar
merupakan pengikut mazhab Syafi’i yang tulen pasti kita mengikuti
pegangan beliau sebagaimana yang telah dikemukakan di atas. Akan tetapi
sebenarnya ramai dari mereka yang tidak tahu kenyataan ini, bahkan
mereka dengan melulu menuduh orang yang mengajak kepada pendapat Imam
Syafi’i di atas adalah sebagai wahabi dan sebagainya. Semoga Allah
membuka pintu hati mereka untuk melihat cahaya kebenaran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar